Top Stories

17 Sept 2015

Agen Insurans

AGEN INSURAN datang?
Lari....!!!

La... Kenapa kena lari? Apa yang ditakutkan sangat dgn org yg jual insuran ni? Mereka pun manusia sama macam kita semua. Cume kerjaya mereka yg berbeza. Anda semua kerja guru, doktor, peguam, pensyarah, akauntan dan lain2 kerjaya. Mereka pula hanya wakil sah daripada syarikat insuran yg sampai kat anda utk bantu bagi perlindungan pada anda semua. Terpulang pada anda la nak terima perlindungan itu atau tak, tapi tak perlulah halau sedemikian rupa...

Perlindungan macam mana yg mereka boleh bagi? Mereka bukanlah Tuhan mahupun dewa yg boleh lindung anda semua drp sebarang kecelakaan atau musibah. Mereka hanya boleh bantu anda menyediakan dana sekiranya musibah berlaku pada anda di masa hadapan. Kita bukan meminta, namun kita bersedia supaya kita tidak "sudah jatuh, ditimpa tangga pula".

Bagaimana? Mereka tidak memaksa anda labur semua kewangan yg anda ada. Hanya maksimum 10% drp pendapatan anda utk diSIMPAN andai musibah mendatang. 10% bukan banyak manapun. Kalau anda semua boleh berhabis beratus mahupun ribuan ringgit untuk membeli belah ataupun miliki sesuatu yg anda minati, kenapa hanya 10% sahaja drp pendapatan anda berasa berat untuk diSIMPAN?

Tiada manfaat? Anda silap. Manfaat yg anda bakal miliki boleh capai sehingga jutaan ringgit drp nilai caruman anda setiap bulan sekiranya anda dilanda musibah. Saya ambil contoh tandas awam: manfaatnya anda gunakan pabila keadaan 'kecemasan' sahaja. Namun sebelum anda terima manfaatnya, anda bayar dahulukan? RM 0.30 setiap kali masuk. Begitu juga insuran mahupun takaful. Anda simpan dahulu dan terima manfaatnya kemudian atau waktu kecemasan.

Mustahil? Tiada apa yg mustahil di dunia ini. Allah sendiri telah nyatakan bahawasanya tiada apa yg mustahil andai Dia menghendakinya. Lagipun hakikatnya memang terjadi. Bukti ada disini

Tak percaya? Mana anda mahu percaya sekiranya awal2 lagi anda telah tolak golongan agen insuran ini jauh2. Tidak memberi kesempatan bagi mereka utk bercerita, berkongsi ilmu dan pengetahuan yg mereka ada mengenai insuran mahupun takaful yg sebenar.

Anda fikir mudah untuk menjadi seorang agen? Ya memang mudah. Hanya perlu memasuki kelas, menelaah buku2 insuran serta takaful, lulus dalam beberapa peperiksaan professional yg dikenakan bayaran bagi setiap satu dan menjadi seorang agen. Mudahkan? Sekiranya mereka tidak ada ilmu dan hanya utk menipu anda2, tak perlu mereka bersusah payah demi membantu anda. Mereka ini salah satu golongan professional juga sama seperti doktor2, peguam2, akauntan2 dan lain2.

Ya. Ini profession saya.
AGEN INSURAN & TAKAFUL.

MAHU MENYIMPAN DEMI KESELESAAN MASA DEPAN?
Hubungi saya....

No comments:

Post a Comment

I Read This

thanks for visit

Have Fun