Top Stories

4 Feb 2016

ADAKAH ANDA SEDAR?!


Bahawasanya kos perubatan makin meningkat naik dari masa ke semasa menjadi suatu fenomena di hospital swasta serta hospital kerajaan kerana segala rawatan memerlukan duit.

Namun yang demikian, Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Di antaranya ialah mencari rawatan ketika sakit. Nabi Muhammad SAW dalam beberapa hadisnya mengingatkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya.

"Tiada penyakit yang Allah telah ciptakan, kecuali yang Dia telah menciptakan rawatannya”
(Sahih Bukhari)

"Gunalah rawatan perubatan, kerana Allah tidak menyebabkan suatu penyakit tanpa melantikkan suatu ubat untuknya, dengan pengecualian satu penyakit, iaitu keuzuran”
(Abu Daud).

Walaubagaimana pun, kegusaran ini dapat dielakkan melalui penyertaan mereka dalam insurans Islam atau takaful kesihatan kerana ia merupakan salah satu aspek pengurusan risiko terbaik kepada masyarakat dalam menghadapi dilema kos rawatan mahal.

Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan. Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.

Mengikut maklumat daripada Bank Negara Malaysia (BNM), perlindungan yang disediakan oleh takaful perubatan dan kesihatan termasuk perbelanjaan perkhidmatan hospital dan yuran profesional akibat kecederaan atau penyakit yang dialami, seperti caj wad, caj pembedahan dan caj unit rawatan rapi. Manfaat-manfaat ini boleh dihadkan kepada amaun maksimum atau bilangan hari.

Dalam memenuhi tuntutan Syariah untuk mencari rawatan ketika sakit, dan dalam menghadapi kos rawatan yang semakin meningkat mahal selain daripada menabung, kita juga boleh menyertai skim takaful untuk menghadapai sebarang musibah sakit.

Perancangan kewangan yang baik seperti menyertai takaful dapat menghindarkan kita daripada mengeluh bil hospital yang tinggi.

Menyertai takaful merupakan salah satu usaha seorang Muslim memelihara tuntutan Syariah agar mencari rawatan yang terbaik ketika sakit dan akhirnya tidak menghalang mereka mendapatkan rawatan yang cepat dan baik walaupun agak mahal khasnya di hospital swasta.




#01119721088

No comments:

Post a Comment

I Read This

thanks for visit

Have Fun