Top Stories

17 Sept 2015

Malang Tidak Berbau

Pepatah ada mengatakan "MALANG TIDAK BERBAU". Kenapa? Kenapa pepatah ini diwujudkan?

Yalah... Secara logik fikiran akal. Kalau malang itu berbau, mestilah setiap orang dah elak atau lari bila malang tu datang atau dekat. Lagi satu. Kita mana boleh nak jangka apa yang berlaku pada masa depan. Tak payah nak depan sangatlah. Hanya 1 saat kedepan, kita boleh tahu tak apa akan terjadi? Tidak sama sekali. Ala.... macam ayat klishe yang kita selalu gunalah. "KITA HANYA MERANCANG, TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN." Memang betul pun ayat tu, sebab kalau Allah tak izinkan sesuatu perkara itu untuk terjadi, ianya tak akan sama sekali akan terjadi.

Jadi, sebelum sesuatu yang boleh dianggap sebagai malang atau kecelakaan terjadi, kenapa kita tak ambil langkah berjaga-jaga dulu? Macam kata orang dulu-dululah, "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN." Yalah.... Kalau dah hujan baru nak sediakan payung, memang tak gunalah sebab badan dah lenjun dek air hujan tadi. Tapi kalau baru hujan renyai-renyai boleh lagi nak cari payung, supaya tak basah kuyup kelak...

Berbalik kepada topik kita tadi, macam mana nak elak atau bersedia menghadapi malang ni? Yelah, kadang-kadang malang atau kemalangan ni boleh jadi "BATU LONCATAN" untuk kita sekiranya kita bersedia sepenuhnya. Jawapan mudah dia senang saja, beli atau masuk INSURANS atau TAKAFUL. Sebab itu satu-satunya cara yang boleh sediakan perlindungan sekiranya sesuatu yang buruk atau yang dipanggil malang ni berlaku. Tak ada cara lain dah. Hanya ini sahaja yang boleh bagi perlindungan secara menyeluruh....

Nak tahu macam mana? PM je la... nanti saya tolong jawabkan...

Selamat berfikir & selamat beramal....

No comments:

Post a Comment

I Read This

thanks for visit

Have Fun